Modul Pengukuhan Duo Matematik direka secara berperingkat untuk membantu pelajar membina semula asas Algebra, mengukuhkan kefahaman melalui nota ringkas dan latihan berstruktur, serta meningkatkan keyakinan sebelum beralih kepada topik yang lebih mencabar.
RESET YOUR ALGEBRA VOLUME 1

Reset Your Algebra Volume 1 ialah modul pengukuhan asas Algebra yang dibina untuk membantu pelajar memperbaiki kelemahan konsep dari peringkat paling asas sebelum bergerak ke topik yang lebih mencabar.
Modul ini sesuai untuk pelajar yang masih keliru dengan penggunaan pemboleh ubah, pemudahan ungkapan, kembangan, pemfaktoran, penyelesaian persamaan dan manipulasi rumus.
Kandungan Volume 1:
- Reset 01: Algebraic Expressions / Ungkapan Algebra
- Reset 02: Like Terms & Simplification / Sebutan Serupa & Pemudahan
- Reset 03: Expansion / Kembangan
- Reset 04: Factorisation / Pemfaktoran
- Reset 05: Solving Equations / Penyelesaian Persamaan
- Reset 06: Algebraic Formulae / Rumus Algebra
Setiap bahagian disusun secara step-by-step dengan nota ringkas, contoh, latihan berstruktur dan Level Check untuk membantu pelajar mengenal pasti tahap penguasaan mereka.
Sesuai untuk pelajar Tingkatan 1–5 yang mahu bina semula asas Algebra dengan lebih kukuh, teratur dan yakin.
RESET YOUR ALGEBRA VOLUME 2

Reset Your Algebra Volume 2 ialah sambungan kepada Volume 1 yang direka untuk membawa pelajar ke tahap Algebra yang lebih mencabar dan lebih hampir kepada keperluan Matematik Tingkatan 4 & 5.
Modul ini sesuai untuk pelajar yang sudah mempunyai asas tetapi masih perlukan pengukuhan dalam manipulasi rumus, pecahan algebra dan penyelesaian persamaan yang lebih kompleks.
Kandungan Volume 2:
- Reset 07: Powers & Roots in Formulae / Kuasa & Punca dalam Rumus
- Reset 08: Algebraic Fractions / Pecahan Algebra
- Reset 09: Linear Equations / Persamaan Linear
- Reset 10: Simultaneous Linear Equations / Persamaan Linear Serentak
Setiap topik dibina secara step-by-step, daripada konsep asas kepada soalan yang lebih mencabar, lengkap dengan nota ringkas, contoh berperingkat, latihan berstruktur dan semakan penguasaan.
Sesuai untuk pelajar yang mahu level up kemahiran Algebra, mengurangkan kesilapan manipulasi dan membina keyakinan sebelum menghadapi topik Matematik yang lebih kompleks.
Modul Pengukuhan Pecahan Algebra
Modul Pengukuhan Pecahan Algebra hadir dalam 2 modul lengkap untuk membantu pelajar belajar, berlatih dan mengukuhkan kefahaman secara berperingkat.
Modul 1: Nota & Latihan Pecahan Algebra
Mengandungi nota ringkas, contoh langkah demi langkah, latihan bertahap dan penerangan tentang kesilapan biasa supaya pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.
Modul 2: Modul Latihan Pecahan Algebra
Fokus kepada latihan pengukuhan daripada tahap asas hingga operasi campuran, lengkap dengan ruang jalan kerja dan skema jawapan berasingan.
Sesuai digunakan secara berperingkat: faham konsep dahulu, kemudian kukuhkan dengan latihan.
© 2026 Duo Matematik. Hak cipta terpelihara. Modul ini adalah untuk kegunaan pembeli sahaja. Dilarang menyalin, mengedar, berkongsi, memuat naik semula, mencetak untuk tujuan jualan, atau menjual semula mana-mana bahagian modul ini tanpa kebenaran bertulis daripada Duo Matematik.